|
Pada detik ini, akan aku harungi satu penghidupan baru yang akan meninggalkan lipatan lama yang penuh dengan ranjau duri, hamparan kesengsaraan, lautan penderitaan dan pergunungan kehancuran. Kegagalan telah menjadi hak mutlak perjalanan hidup ku. Kehidupan ini seumpama mencari tanah kuburan bagiku. Keperitan adalah sebahagian nafasku. Penyiksaan adalah urat leher ku Tangisan air mata sudah tidak bermakna lagi walaupun untuk menyatakan hak di ketika ini. Namun.,, pada hari ini juga, aku telah menemui apa yang di cari untuk sekelian lamanya Aku bukan diciptakan untuk menjadi insan yang mudah ditundukkan kecuali hanya pada yang Esa. Bukan juga seperti layang-layang yang setiap masa ditarik talinya kerana penghidupan seperti ini bukanlah hakikat hidup yang sebenarnya.. Kini aku pasrah untuk menempuh, merempuh dan berenang segala lautan api dan ribut petir melanda !.Selagi roh masih bersemadi dijasad ini , selagi itulah aku bertekad agar tidak berganjak dengan erti hidupku.. Ya Allah hanya kepada Mu sahajalah lah tempat aku bergantung .Di kala ini, tiada lagi anak-anak, ibu dan ayah serta suami atau isteri tersayang yang dapat diadukan. UjianMu ini terlalu berat untuk aku tanggung...berikanlah sedikit kekuatan dan kesabaran untuk aku menghadapinya dan ku pohonkan sedikit keringanan bagi ujian Mu ini. namun, kiranya ini sudah menjadi ketentuanMu maka tidak layak bagi aku memperkatakannya aku redha, pasrah kerana diuji. Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menanggis kerana kagum akan kehebatan Allah SWT Ya Allah aku bersyukur di setiap keneningan malam Engkau masih memberi kekuatan padaku untuk berdiri di kala insan lain sedang nyenyak tidur dalam dakapan, Engkau Maha Mengetahui Ya Allah bahawa diketika itu, ada insan fakir yang sedang menunggu sepertiga malam untuk mencintaiMu. Di setiap keheningan malam juga biarlah air mata menjadi saksi memasahi sejadah kerana air mata yang mengalir itu sebenarnya bukan untuk meratapi dunia
|